Pengalaman Berasaskan Sekolah 4


Ni PBS terakhir kami..
Saya dan sorang kawan ditempatkan kat S. K Ng. Strass..
Kat sini la sy bertemu jodoh..hihi..
Sekolah ni sekolah paling dekat dengan institut..
Kami tumpang cikgu Setihawa..hehe

Kali ni kami buat tugasan seni..
Kaji lukisan budak tahap skematik...macam2 je tugasan...
Kat seklah ni pun kami kurang berkomunikasi dengan guru2 sebab
Kami diletak kat bilik APD sebab staffroom dah penuh..huhu
Cikgu yang selalu masuk bilik tu je la yang kami biasa..
Yang lain masing2 bz dengan tugas masing2..
Dah siap buat kajian bergambar je la kerja kami..
Habis setiap sudut sekolah kami tangkap gambar..hihi




Ni gambar2 sekitar sekolah...

Banyak pengalaman yang tercipta kat sekolah ni..
Pengalaman yang lucu Hz kat sekolah ni ialah bila
Hz dan rakan benarkan murid pulang rupanya mereka sepatutnya ada kelas J- Qaf lepas tu..
Bila murid dah keluar, tiba2 ustaz muncul di depan kelas...
Hz tanya la..”Ada kelas ke ustaz?” dia kata ya..
Tuhan je tahu rasa bersalah yang dirasai..
Hanya beberapa orang je murid yang sempat dipanggil balik..
Yang lain terus balik.. muka ustaz pun nampak macam nak nangis je..
Esoknya, bila Hz terserempak dengan ustaz tu,
Hz terus minta maaf atas kejadian tu..
Ustaz tu kata takpe je...
Yang menarik minat Hz lagi ialah kelas tahun 2.. dalam kelas tu ada dua pasang kembar..
Yang pasangan pertama tu Dyg. Rasyidah dan Dyg. Rafidah...
Yang pasangan kedua tu Vivian dan viviana..
Uniknya mereka berempat berkawan baik..



 Ni la vivian & viviana dan Rasyidah & Rafidah..



 Ni pulak gambar kelas murid tahun 2...



 Budak 3 orang ni pulak peminat setia kami..hihi

Lepas 2 minggu berlalu kami pun kembali semula ke IPR..;-)

Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 (2007)


Pengalaman berasaskan sekolah yang ketiga ni pulak
Hz dan tiga rakan lagi ditempatkan di S.k Sg. Mador..
Kali ni 2 minggu... boring betol...
Kat sekolah ni takda line hp.. ada pun kat luar staffroom..
Bila dalam staffroom dan library confirm xda..
Berdedikasi la guru kat sini.. hehe..
Time ni pula kami buat tugasan Pendidikan Jasmani..
Kena suruh ambil video cikgu mengajar..
Yang bestnye, murid2 jadi baik je bila kena tangkap gmbr dan ambil video..
Semua nak kontrol..
Kat sekolah ni kami kurang berinteraksi sebab kami berempat ditempatkan
Di library sebab staffroom dah penuh..hihi
So, menghadap laptop je la sepanjang hari kat sekolah..
Bila murid masuk library, ajak bergambar...
Macam biasa...;-)




Ni murid pertama yang Hz kenal kat seolah ni.. diana namanya..
Rajin sangat dia ni p library.. pastu ajak kawan2 dia datang sekali..




Murid2 ni suka bergambar... mungkin sbb luar bandar, mereka ni
jarang jumpa kamera.. laptop pun mereka panggil ’komputer riba’.. ikut buku je..



lepas 2 minggu kami pun chow.. hehe

Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 (2006)



Pengalaman berasaskan sekolah yang kedua ni
Hz dan dua rakan lagi ditempatkan di S.k Bandar bintangor...
Kali ni kami buat tugasan tentang Proffessional ethic..
Seperti PBS 1, kami hanya buat tinjauan dan pemerhatian
Kat sekolah..sambil tangkap gambar kenangan..;-)


Ni gambar kat gate sekolah pakai baju batik lagi tu...


Ni pulak gambar ngan kwn yang sorang.. nasib baik takda cikgu dan murid lain yang nampak kami pose macam ni..
  



Bila waktu rehat, ramai murid nak berkenalan.. ada yang panggil kakak lagi... muka kami ni takda muka cikgu ke? Huhu..


Dua beradik ni la yang paling rapat dengan kami.. selalu bagi surat.. selalu jumpa kami juga..;-)



 Ni gambar semasa sesi temubual dengan guru tentang proffessional ethic..

Semasa kat sekolah, ada juga cikgu minta tolong sit-in kelas
sebab guru kelas tu meeting...
Masa ni la Hz 1st time masuk kelas...
Lepas murid ucap ”selamat pagi” Hz suruh mereka duduk..
Mula2 mereka diam je..
Tp bila mereka tengok Hz diam, mereka mula buat bising..
Hz nervous.. xtau nak cakap apa..
Sedangkan pembentangan kat kelas pun Hz malu2
Inikan lagi di hadapan murid-murid..
Time tu la Hz terpaksa mengeluarkan suara emas ni..
Nervous jg pertama kali masuk kelas...
Langsung xda keyakinan diri..
Apa yg Hz buat, suruh sorang2 perkenalkan diri..
Macam cikgu2 time Hz sekolah dulu jg..hehe..
Habis tu bagi mereka siapkan kerja..
Susah jg nak kawal kalau suara x kuat..
Jerit pun murid x dengar jg..
Tp alhamdulillah la sebab sejam je jaga kelas..hihi


Lepas seminggu kami kembali ke Institut...;-)

Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (2006)

Tahun 2006…



1st time p sekolah as a teacher
Hz dan dua org rakan ditempatkan kat S.K Abg. Amin, Bintangor...




 ..bangunan kat belakang tu S.K Abg. Amin..


Tujuan utama p sekolah untuk buat assignment
English For Oral communication..
Kaji tentang aspek keselamatan di sekolah...
Tp unfortunately, s.k Abg. Amin ditutup sebab masa tu
Memang banyak sekolah tutup akibat penyakit tangan, kaki dan mulut..  a.k.a  HFM  disease..
Murid pun ramai yang x hadir...
Lepas join meeting dgn cikgu2 dan GB,
Semua murid dibenarkan balik ke rumah masing2…
Kami bertiga pun dibenarkan balik jg...
Kecewa betol.. dahla masa tu 1st time p sekolah..
Bila bagi tau lecturer, kami pun dipindahkan ke sekolah S.k St. Augustine..
  



 ...hari kedua dan seterusnya kat S.k St. Augustine..


Kat sana kami berlima.. terpaksa beramai-ramai sebab banyak sekolah tutup..
Lagipun tidaklah lama sangat... 5 hari je..
Sepanjang minggu tu kami hanya buat pemerhatian untuk menyiapkan tugasan..
Kami juga dibenarkan untuk melihat pengajaran guru di dalam kelas...
Masa ni belum mengajar lagi..
Attitude pun lebih kurang je ngan budak sekolah...hihi



 ...ngan budak2 tahun 1..


Selain buat pemerhatian, bergambar je la kerja kami berlima...


...tapi gambar berlima xda pulak..hehe...



...kat luar library sekolah...




Alhamdulillah semua cikgu dan staff kat St. Augustine baik2 dan mesra..
Tugasan pun siap...;-p

Sebelum Terlibat dalam Bidang Perguruan



Masa tu HZ form 6...
suatu hari, mak dapat info tentang pengambilan guru...
mak minta tolong ngan kawan dia belikan nombor pin untuk HZ..
Pastu, HZ pun pegi ke cyber cafe kat Tg. Aru utk register..
Lepas key in data tu, tunggu panggilan temuduga pulak..
Pada bulan Mei 2004, permohonan HZ diterima dan
Dapat panggilan temuduga kat Pejabat Pelajaran Daerah KK..
Masa tu HZ ada peperiksaan pertengahan semester kat sekolah
Tp dpt excuse dr cikgu..
Lepas temuduga tu terus p sekolah untuk exam geografi kertas 2..
Nervous juga tunggu keputusan temuduga..
Sampai x siap kerja rumah sebab asyik fikir dapat ke tidak jadi cikgu..
Bila keputusan temuduga dah keluar..
HZ terus p cyber cafe lepas tamat waktu sekolah..
Gembiranya hati bila perkataan ’Tahniah’ terpapar dihadapan skrin..
HZ terus print tawaran tu..
Bila emak dah balik dari kerja, HZ terus peluk emak
Gembira sangat dapat jadi cikgu..
Pada julai 2004, bermulalah detik hidup HZ sebagai guru pelatih kat Maktab Perguruan Kent, Tuaran...
Masa tu opsyen HZ Ks/Bm/Psv/Pj.. 


Alhamdulillah selepas tamat menjalani Pra-Ijazah selama setahun setengah,
HZ berjaya menyambung ke peringkat seterusnya..
HZ dapat major Pendidikan Seni Visual bagi program Ijazah selama 4 tahun
Kat Institut Perguruan Rajang, Sarawak...
Selama 4 tahun di Sarawak, banyak pengalaman dan kenangan yang HZ peroleh..
Kini.. HZ menanti detik untuk menduduki peperiksaan KISSM dan menunggu posting keluar.. tahun hadapan bermulalah hidup baru sebagai seorang guru... HZ harap HZ dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baik.. amin...

salam 1 malaysia...


Sebenarnya blog ni saya wujudkan untuk berkongsi pengalaman dengan blogger2 dan pembaca2 blog tentang kehidupan saya sebagai seorang bakal guru yang tidak lama lagi akan bergelar guru.. saya juga ingin kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya bermula dari sebelum mengikuti bidang ini sehinggalah saya menjadi guru kelak... insyaAllah saya akan terus kongsikan pengalaman saya... mungkin jg agak terlewat saya mewujudkan blog ini kerana bulan depan saya akan di'posting'kan.. sebelum ni ada juga saya buat beberapa blog tapi saya x selenggarakan blog2 saya tu dengan baik.. jadi kali ni saya rasa saya benar2 berminat untuk menulis blog.. dan saya harap saya akan dapat mengurus blog ini dengan sebaik mungkin.. wish me luck k!..