Masa tu HZ form 6...
suatu hari, mak dapat info tentang pengambilan guru...
mak minta tolong ngan kawan dia belikan nombor pin untuk HZ..
Pastu, HZ pun pegi ke cyber cafe kat Tg. Aru utk register..
Lepas key in data tu, tunggu panggilan temuduga pulak..
Pada bulan Mei 2004, permohonan HZ diterima dan
Dapat panggilan temuduga kat Pejabat Pelajaran Daerah KK..
Masa tu HZ ada peperiksaan pertengahan semester kat sekolah
Tp dpt excuse dr cikgu..
Lepas temuduga tu terus p sekolah untuk exam geografi kertas 2..
Nervous juga tunggu keputusan temuduga..
Sampai x siap kerja rumah sebab asyik fikir dapat ke tidak jadi cikgu..
Bila keputusan temuduga dah keluar..
HZ terus p cyber cafe lepas tamat waktu sekolah..
Gembiranya hati bila perkataan ’Tahniah’ terpapar dihadapan skrin..
HZ terus print tawaran tu..
Bila emak dah balik dari kerja, HZ terus peluk emak
Gembira sangat dapat jadi cikgu..
Pada julai 2004, bermulalah detik hidup HZ sebagai guru pelatih kat Maktab Perguruan Kent, Tuaran...
Masa tu opsyen HZ Ks/Bm/Psv/Pj..
Alhamdulillah selepas tamat menjalani Pra-Ijazah selama setahun setengah,
HZ berjaya menyambung ke peringkat seterusnya..
HZ dapat major Pendidikan Seni Visual bagi program Ijazah selama 4 tahun
Kat Institut Perguruan Rajang, Sarawak...
Selama 4 tahun di Sarawak, banyak pengalaman dan kenangan yang HZ peroleh..
Kini.. HZ menanti detik untuk menduduki peperiksaan KISSM dan menunggu posting keluar.. tahun hadapan bermulalah hidup baru sebagai seorang guru... HZ harap HZ dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baik.. amin...

0 comments:
Post a Comment